Skuad Muda Jabatan Imigresen Malaysia pada awalnya disertai oleh para peserta kursus induksi KP17 dari Akademi Imigresen Malaysia. Pasukan ini telah menarik perhatian YAB Perdana Menteri dan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pengarah Imigresen Negeri Johor pada masa itu, turut mengambil langkah proaktif dengan memastikan skuad muda sentiasa begerak seiring dengan program jabatan.
Pada 09 Februari 2013, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri telah melancarkan Majlis Pelancaran Logo Skuad Muda yang telah diadakan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Taman Setia Tropika, Kempas Johor Bahru.
Skuad Muda Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor telah menempa sejarah kerana ia merupakan satu-satunya skuad muda yang terdapat di dalam Jabatan Imigresen Malaysia. Skuad ini telah menarik perhatian yang amat istimewa oleh YBhg. Dato' Ketua Pengarah. Setiap acara Kementerian dan Jabatan, skuad ini telah dipanggil dan dijemput bagi membantu perjalanan program dan memeriahkan majlis.
- 1. Menjadi nada dan penggerak utama kerajaan di dalam menjayakan aspirasi negera untuk bersama-sama mendekati rakyat di dalam kesukarelaan. 2. Menaikkan dan meninggikan imej Jabatan Imigresen Malaysia dalam kesukarelaan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan tanpa prejudis.